Bantu anggota kesihatan semasa semburan (fogging/ULV) dengan :
* Buka semua tingkap dan pintu, termasuk pintu bilik
* Berada di luar rumah dan bawa bersama binatang peliharaan

CARI
Di Dalam Rumah
* Bekas jambangan bunga (vase)
* Kolam (kolah) mandi
* Dulang perangkap air peti sejuk
* Lain-lain bekas menyimpan air
Di Luar Rumah
* Tayar buruk
* Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
* Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
* Palong hujan (roof gutter)
* Tempurung, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi
MUSNAH
* Buang semua bekas yang boleh menakung air dengan betul
* Bersihkan sampah/daun-daun kering yang tersumbat pada palong hujan (roof gutter) dan longkang
* Tutup semua bekas menyimpan air, atau
* Tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, atau
* Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik mengikut sukatan yang disyorkan pada label (setiap bulan)
PETUA ELAK GIGITAN NYAMUK
* Semburkan racun serangga (aerosol) untuk menghapus nyamuk aedes
* Pasang jejaring nyamuk pada tingkap
* Guna kelambu semasa tidur
* Ketika berada di luar rumah terutama pada awal pagi atau lewat senja anda perlu :
- Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang
- Guna ubat serangga (insect repellent)

No comments:
Post a Comment