Thursday, April 8, 2010

KEMPEN KESEDARAN OBESITI

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.



Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.



Faktor risiko termasuk :

• Sejarah keluarga anda.
• Masalah perubatan.
• Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
• Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
• Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Oleh itu, Nadi Iman Medical yang memahami masalah Obesiti di kalangan rakyat Malaysia kini menyediakan pakej program "Nadi Slim" yang bermula dari RM300 sebulan dan kami akan memastikan anda akan dapat menurunkan berat badan 3-10kg dalam tempoh tersebut. Program ini adalah program pasti selamat kerana di bawah nasihat dan pemantauan doktor.

BERMINAT??

Hubungi Nadi Iman Medical di 03-51919657 & 019-2033797 atau datang sendiri ke klinik kami di alamat No.4, Jalan Tajuh 27/29, Taman Bunga Negara, 40400 Shah Alam.

CEPAT!!! JANGAN BERLENGAH LAGI...

"KESIHATAN ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB KAMI"

No comments:

Post a Comment