Sunday, April 11, 2010

JOM CEGAH DENGGI



Demam Denggi adalah sejenis penyakit disebabkan virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Individu boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

Penyakit ini sangat berbahaya kerana ketika ini tiada ubat untuk merawatnya dan boleh membawa maut.

SEGERA DAPATKAN RAWATAN Sekiranya Anda Demam Kuat Secara Mengejut.

Tanda-Tanda Demam Denggi
* Bintik-bintik merah pada kulit
* Sakit kepala yng kuat
* Sakit teruk pada tulang, otot, sendi, biji mata
* Hilang selera makan
* Muntah-muntah
* Sakit perut

No comments:

Post a Comment