Friday, October 23, 2009
OSTEOPOROSIS
Tulang merupakan struktur hidup dan memerlukan tenaga (makanan) berterusan untuk mengekalkan bentuk dan fungsinya.Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan luar yang keras dan kuat (corticol) dan bahagian dalam yang lembut (trabecular).
Dalam kes ini, tulang akan melalui perubahan berterusan dan boleh diganti secara semula jadi sekiranya rosak, tetapi semakin kita berusia, kemampuan itu akan berkurangan malah proses penggantian lebih lambat daripada kerosakan yang dialami.
Tulang bukan sahaja berperanan melindungi organ yang penting, tetapi juga menyediakan struktur sokongan untuk otot serta menyimpan keperluan kalsium untuk kepadatan dan kekuatan tulang.
Penyakit ini lebih mudah dialami wanita menopaus kerana ovarinya berhenti menghasilkan estrogen, iaitu hormon yang mempertahankan kepadatan jisim tulang. Ketumpatan tulang akan menurun bersama-sama tahap estrogen yang semakin berkurangan.
Masa terbaik untuk memulakan pembinaan tulang ialah ketika usia remaja hingga ke usia 30 tahun, iaitu saat pembinaan dan penyimpanan kepadatan tulang berada pada tahap paling baik dan berkesan.
Berbanding lelaki, keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita pada nisbah empat (wanita) perseorang (lelaki) terutama wanita yang telah menopaus disebabkan kadar hormon estrogen yang semakin menurun.
Bagaimanapun di Malaysia, dianggarkan satu juta orang berhadapan risiko untuk menghidapi osteoporosis.
Apabila osteoporosis berlaku, ia akan menyebabkan tulang menjadi lemah, mudah patah, struktur tulang belakang akan berubah dan tidak mampu menampung bebanan berat.
Tulang-tulang yang sering diserang masalah ini ialah tulang belakang yang menyebabkan tubuh seseorang itu membongkok serta tulang tangan dan tulang pinggul yang berfungsi menyokong berat badan seseorang.
Dalam masa yang sama, hampir 25 peratus daripada pesakit keretakan tulang pinggul meninggal dunia dalam tempoh satu tahun sementara kira-kira 50 peratus pesakit akan hilang upaya kekal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment