Kebanyakan rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke bawah berisiko tinggi memperoleh penyakit jantung berikutan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Ini termasuklah amalan minum teh tarik, roti canai, nasi lemak, merokok dan kurang bersenam.Mereka berisiko mengalami obesiti, tekanan darah tinggi yang boleh membawa kepada kegagalan fungsi jantung.
5% daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah dikenalpasti sebagai pesakit yang menghidap darah tinggi dan kencing manis. Terdapat juga pesakit yang hanya berumur 38 tahun mengalami arteri tersumbat dan beliau juga pengidap diabetis.
Oleh itu, amalan gaya hidup sihat dan pengambilan diet yang seimbang hendaklah diamalkan sewaktu umur masih muda lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment