Kebanyakan rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke bawah berisiko tinggi memperoleh penyakit jantung berikutan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Ini termasuklah amalan minum teh tarik, roti canai, nasi lemak, merokok dan kurang bersenam.Mereka berisiko mengalami obesiti, tekanan darah tinggi yang boleh membawa kepada kegagalan fungsi jantung.
5% daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah dikenalpasti sebagai pesakit yang menghidap darah tinggi dan kencing manis. Terdapat juga pesakit yang hanya berumur 38 tahun mengalami arteri tersumbat dan beliau juga pengidap diabetis.
Oleh itu, amalan gaya hidup sihat dan pengambilan diet yang seimbang hendaklah diamalkan sewaktu umur masih muda lagi.
Friday, October 23, 2009
Langkah-langkah mencegah Osteoporosis
PEMAKANAN
* Makanan perlu seimbang dan cukup segala zat yang diperlukan seperti kalsium dan vitamin D.
* Bagi rakyat Malaysia makanan yang sesuai adalah seperti tauhu, kacang soya, ikan bilis tulang kecil dan ikan sardin yang bertulang.
SENAMAN
* Perlu kerap melakukan senaman sekurang-kurangnya sekali sehari kerana bila kita banyak bersenam, terutama yang bercorak fizikal dan angkat berat ia membantu menguatkan tulang.
* Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman ringan. Rokok dan minuman keras juga perlu dielakkan.
* Makanan perlu seimbang dan cukup segala zat yang diperlukan seperti kalsium dan vitamin D.
* Bagi rakyat Malaysia makanan yang sesuai adalah seperti tauhu, kacang soya, ikan bilis tulang kecil dan ikan sardin yang bertulang.
SENAMAN
* Perlu kerap melakukan senaman sekurang-kurangnya sekali sehari kerana bila kita banyak bersenam, terutama yang bercorak fizikal dan angkat berat ia membantu menguatkan tulang.
* Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman ringan. Rokok dan minuman keras juga perlu dielakkan.
OSTEOPOROSIS
Tulang merupakan struktur hidup dan memerlukan tenaga (makanan) berterusan untuk mengekalkan bentuk dan fungsinya.Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan luar yang keras dan kuat (corticol) dan bahagian dalam yang lembut (trabecular).
Dalam kes ini, tulang akan melalui perubahan berterusan dan boleh diganti secara semula jadi sekiranya rosak, tetapi semakin kita berusia, kemampuan itu akan berkurangan malah proses penggantian lebih lambat daripada kerosakan yang dialami.
Tulang bukan sahaja berperanan melindungi organ yang penting, tetapi juga menyediakan struktur sokongan untuk otot serta menyimpan keperluan kalsium untuk kepadatan dan kekuatan tulang.
Penyakit ini lebih mudah dialami wanita menopaus kerana ovarinya berhenti menghasilkan estrogen, iaitu hormon yang mempertahankan kepadatan jisim tulang. Ketumpatan tulang akan menurun bersama-sama tahap estrogen yang semakin berkurangan.
Masa terbaik untuk memulakan pembinaan tulang ialah ketika usia remaja hingga ke usia 30 tahun, iaitu saat pembinaan dan penyimpanan kepadatan tulang berada pada tahap paling baik dan berkesan.
Berbanding lelaki, keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita pada nisbah empat (wanita) perseorang (lelaki) terutama wanita yang telah menopaus disebabkan kadar hormon estrogen yang semakin menurun.
Bagaimanapun di Malaysia, dianggarkan satu juta orang berhadapan risiko untuk menghidapi osteoporosis.
Apabila osteoporosis berlaku, ia akan menyebabkan tulang menjadi lemah, mudah patah, struktur tulang belakang akan berubah dan tidak mampu menampung bebanan berat.
Tulang-tulang yang sering diserang masalah ini ialah tulang belakang yang menyebabkan tubuh seseorang itu membongkok serta tulang tangan dan tulang pinggul yang berfungsi menyokong berat badan seseorang.
Dalam masa yang sama, hampir 25 peratus daripada pesakit keretakan tulang pinggul meninggal dunia dalam tempoh satu tahun sementara kira-kira 50 peratus pesakit akan hilang upaya kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)