Wednesday, February 3, 2010

KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK!!!

BERBALOIKAH MEROKOK???

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERHENTI MEROKOK :

1. Merokok akan memendekkan usia perokok atau mati awal akibat penyakit serius akibat merokok. Antara penyakit serius tersebut ialah kanser paru-paru, luekimia, sakit jantung dan strok.

2. Pembaziran wang ringgit. Setiap perokok telah membakar wangnya sendiri seperti mana dia membakar rokoknya dan membuangnya begitu sahaja tanpa ada apa-apa pulangan modal atas pelaburannya itu.

3. Merokok merupakan penyakit keturunan. Kebiasaannya apabila ibu atau bapa merokok anak-anak juga terpengaruh untuk merokok. Ini yang dinamakan merokok merupakan penyakit keturunan.

4. Seramai 3 daripada 5 perokok akan mengalami masalah seks selepas 30 tahun berkecimpung dalam bidang merokok. Perokok ini akan terpaksa bergantung kepada Tongkat Ali, viagra dan lain-lain ubat kuat bagi mengatasi masalah seks yang dialaminya.

5. Kehidupan yang tidak diberkati oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman supaya menjaga dan menyayangi tubuh badan kita seperti yang diamanatkan. Sekiranya kita merokok, kita telah merosakkan amanat yang diberikan.